Rabu, 01 April 2009

PENTINGNYA ILMU DALAM ISLAM

PENTINGNYA ILMU DALAM ISLAM

Sejak lebih seribu empat ratus tahun dahulu Islam telah mengajar kita bahawa tiap-tiap satu perkara yang ingin kita laksanakan dengan sempurna mestilah didahului dengan ilmu. Ilmu adalah asas kepada kesempurnaan. “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah.” Itu adalah ayat AlQuran yang mempastikan bahawa Muhammad SAW itu adalah seorang nabi lagi rasul.Itulah ayat AlQuran yang pertama didengungkan ketelinganya.Ayat-ayat itu pula menyentuh tentang Ilmu. Tentu saja membaca itu adalah suatu ilmu. Dan yang dibaca juga bersifat ilmu. Demikianlah AlQuran menggambarkan kedudukan Ilmu dalam Islam.

Sebab itu dalam tradisi Islam, orang yang berilmu amat dimuliakan. Kedudukannya dalam masyarakat adalah amat mulia.Bahkan merekalah pengganti para nabi dan rasul yang sudah tiada lagi di dunia ini. Dalam satu hadith yang dinukilkan oleh AlGhazali dalam kitabnya Ihya Ulumidin bermaksud “Sheikh itu adalah seperti nabi bagi kaumnya,’ menggambarkan betapa kedudukan seorang Sheikh (seorang ketua kaum/ahli Ilmu) itu setelah ketiadaan para nabi. Ahli ilmulah pengganti para nabi dan rasul. Demikianlah tradisi Islam.

Dalam satu permasalahan yang lain, Takwa misalnya, ianya tidak akan dapat dicapai oleh seseorang manusia Muslim melainkan mestilah dengan Ilmu pengetahuan.

Ilmu itulah yang menentukan kedudukan takwa seseorang. Dan takwa itu pula tidak dapat dipisahkan dari seorang ulama. Ini bermakna hanyalah orang yang bertakwa sahajalah yang dianggap ulama yang sebenar. Dan Ulama yang sebenar msetilah bertakwa dan berilmu. Kata “ulama “ itu sendiri adalah kata jamak (plural) dari perkataan “alim”, iaitu orang yang mengetahui, orang yang berilmu. Sebab itu Islam menggalakkan umatnya mempunyai ilmu yang cukup dalam melaksanakan satu-satu tugas seperti sembahyang misalnya. Perlaksanaan sembahyang tidak akan sempurna jika seseorang itu tidak mengetahui tentang cara-cara mengambil wudu’, bersuci, membaca AlQuran dengan betul (tartil) dan segala rukun sembahyang yang lainnya. Ini menunjukkan betapa Islam itu meletakkan martabat ilmu di atas segala yang lain, iaitu sebelum seseorang itu melaksanakan sesuatu perkara.

Bahkan Islam sebenarnya mewajibkan setiap anggota masyarakatnya memiliki ilmu. Dalam satu hadith disebutkan” menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Muslim. Dengan demikian, untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna kita mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam itu sendiri, iaitu berilmu.

1 komentar:

  1. subhanallah mbak, artikelnya. Takbir!!!
    Bismillahirrohmanirrohim, kumulai segala sesuatu dengan asma allah swt

    http://azizamanis.blogspot.com/
    http://azizamanis.wordpress.com/

    BalasHapus